Menurut kamus dewan Edisi keempat, mitos
membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang
mengandungi unsur-unsur konsep kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan
sesuatu suku bangsa, dan kejadian-kejadian alam. Menurut Noriah Taslim (1986),
mitos dikatakan sebagai tradisi agama Hindu, raja-raja itu ialah dewa raja
bermaksud raja adalah bayangan Tuhan. Jadi, konsep ini telah menyebabkan
masyarakat membenarkan dan mempercayaihakikat kehebatan raja itu sendiri.
Legenda pula ditakrifkan sebagai
cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah. Legenda adalah
satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat. Menurut Harun Mat Piah (2003),
legenda merupakan cerita yang serius, dipercayai sebagai cerita yang benar dan
juga mengandungi ciri-ciri luar biasa. Legenda menceritakan tokoh-tokoh suci,
makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak
terlalu silam seperti mitos.
Fungsi Mitos
1.
Mitos berfungsi untuk menceritakan tantang asal usul raja-raja.
Asal usul raja-raja Melayu tua ini kebiasaannya dihubungkan dengan
objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. Tujuan utama gambaran
tentang asal usul raja ini digembar gemburkan adalah untuk meningkatkan taraf
dan kedudukan raja.
Dalam Sejarah Melayu, kisah-kisah ini
dipaparkan tentang raja-raja yang mempunyai keupayaan untuk berhubung secara
langsung dengan tokoh-tokoh jin, lembu, dan Batala. Tokoh mitos ialah Puteri Mahtabu’l Bahri dan Raja Aftabu’l Ardh.
2.
Mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul sesuatu tempat.
Mitos berkenaan denga nasal usul sesuatu tempat ini kebiasaannya
dikaitkan dengan unsur-unsur binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok
kayu, buah-buahan, mayang pinang, dan lain-lain.
Binatang yang dijadikan unsur mitos itu pula terdiri daripada binatang
yang luar biasa sifatnya, tangkas, besar, cerdik dan sebagainya.
Contoh dalam teks Sejarah Melayu dapat dilihat dalam kisah bagaimana
Singapura mendapat nama. Menurut Sejarah Melayu, nama Singapura ini diambil
daripada nama binatang iaitu Singa. Cerita ini dikaitkan dengan kisah putera
ketiga Sang Sapurba iaitu Seri Teri Buana yang terserempak dengan binatang itu
sewaktu baginda pergi bermain-main di perairan Bentan.
Ketika itu, baginda bertanya kepada semua orang yang berada di
sekelilingnya berkenaan dengan nama binatang tersebut. Namun tiada seorang pun
yang tahu. Akhirnya, Demang Lebar Daun menjawab pertanyaan tersebut sambal
menambah, tempat ini baik untuk dibuat negeri kerana mempunyai binatang yang
gagah.
3.
Mitos digunakan sebagai dakyah untuk mengecam penyelewengan yang
selalunya dilakukan oleh raja.
·
Penggunaan mitos digunakan kerana kritikan secara terang-terangan atau
langsung kepada raja, boleh menyebabkan seseorang itu dilebal sebagai
menderhaka dan boleh ditimpa daulah raja. Jadi kritikan ini hanya dapat
disampaikan dalam bentuk tulisan. Contoh mitos yang berfungsi sebagai kritikan
ini dapat dilihat dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan
Mansur Syah. Puteri Gunung Ledang telah meletakkan syarat-syarat yang sukar
untuk dijadikan hantaran bagi meminang dirinya. Kesemua syarat-syarat tersebut
sanggup dipatuhi oleh baginda, walaupun berat. Namun, apabila tiba syarat yang
melibatkan nyawa anakandanya baginda tidak sanggup untuk melakukannya.
Fungsi Lagenda
1.
Berfungsi untuk menceritakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan
keunggulan dalam peribadi yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah.
·
Keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-watak
istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan sebagainya.
·
Legenda mempunyai kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh masyarakat
setempat.
2.
Legenda berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan
mental orang-orang Melayu.
·
Contohnya, dapat dilihat melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam
mentadbir kerajaannya. Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatic dengan
beberapa kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga. Meskipun Siam pada ketika
itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali tewas, namun itu bukanlah bermakna
mereka tidak akan menyerang Melaka lagi. Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat
keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.
3.
Legenda berfungsi untuk menonjolkan tokoh-tokoh legenda.
·
Contohnya seperti watak Hang Tuah. Hang Tuah diceritakan dan
dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia
dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik sebagai
laksamana.
No comments:
Post a Comment