30 May 2018

GAYA BAHASA


Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting. Pengarang menggunakan bahasa sebagai media untuk menyampaikan pemikiran atau amanat menerusi karyanya itu. Tanpa bahasa, maka tiadalah karya. Bahasa melibatkan banyak perkara. Unsur-unsur bahasa yang sering digunakan oleh penulis dalam penulisan ialah simile, personifikasi hiperbola dan inverse. Walau bagaimanapun, teks Sejarah Melayu ini hanya memaparkan beberapa gaya bahasa yang agak menonjol dan mudah untuk dikesan. Antaranya, gaya bahasa hiperbola, simile, bahasa istana dan bahasa klasik.

i. Hiperbola – perbandingan yang melampau.

Pengarang dalam teks Sejarah Melayu menggunakan gaya bahasa ini untuk mengambarkan kecantikan yang dimiliki oleh Tun Fatimah secara berlebih-lebih. 
Contohnya:
“Alkisah tersebutlah perkataan peribaik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, terlalu elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.”

ii. Simile- tamsilan atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama secara lansung
Menggunakan perkataan bandingan seperti, bagai, laksana, umpama dan bak. Gaya bahasa ini juga turut digunakan oleh pengarang dalam teks Sejarah Melayu.
Contohnya:
seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca.”

iii. Bahasa Istana- bahasa rasmi yang digunakan oleh golongan istana sebagai bahasa pertuturan dalam kalangan masyarakat di dalam istana.
 Contohnya:
Maka sembah Badang, “Tuanku, jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia,Tuanku”.

iv. Bahasa klasik- bahasa yang digunakan sepenuhnya dalam teks Sejarah Melayu memandangkan teks ini merupakan teks sastera klasik yang wujud pada zaman sebelum wujudnya bahasa Melayu seperti yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat zaman ini
Contohnya:
“ Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah.”

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KAMI UCAPKAN

  PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA PENSYARAH  BSS 3143 TEKS KANON MELAYU  FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI  MOHAMMAD F...