30 May 2018

LATAR TEMPAT,MASA DAN MASYARAKAT



Definisi latar : latar ialah pernyataan tentang masa, tempat, ruang, suasana dan pemikiran dalam sesebuah karya, seperti novel, cerpen dan drama. Latar berfungsi untuk menjelaskan tempat dan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. latar sesebuah karya juga dikaitkan dengan citra masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya sama ada dari segi struktur pemikiran, budaya, sosial, ekonomi dan kepercayaan sesebuah masyarakat yang diceritakan dalam karya. peranan latar amat penting bagi mengembangkan tema, persoalan, plot, dan watak-watak yang berkesan dalam sesebuah karya. latar terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.

Latar Tempat

- latar tempat merujuk tempat berlaku sesuatu peristiwa yang dikaitkan dengan lokasi, seperti negeri, bandar, desa, kota, bumi, laut, angkasa dan lain-lain yang bersifat umum.

Negeri Hindi



  • salah satu negeri yang ditakluk oleh Iskandar Zulkarnain
  • rajanya bernama Raja Kida Hindi
  • Raja Iskandar Zulkarnain menitahkan supaya Raja Kida Hindi memeluk agama Islam dan Raja Kida Hindi pon memeluk agama Islam 
  • Raja Kida Hindi mempunyai seorang anak perempuan yang cantik jelita yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah lalu dikahwinkan puterinya itu dengan Raja Iskandar Zulkarnain. 
  • perkahwinan diantara Raja Iskandar Zulkarnain dan Puteri Syahrul-Bariyah telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Aristun Syah. 
  • apabila Raja Aristun Syah telah meningkat dewasa, baginda dikahwinkan dengan anak Raja Turkistan dan dikurnikan seorang cahaya mata yang bernama Raja Aftus. 
  • apabila Raja Kida Hindi mangkat, Raja Aristun Syah yang mengantikan pemerintahan di negeri Hindi.
Negeri China


  • Raja Suran ingin menyerang dan menakluk negeri China
  • Perdana menteri Negeri China telah membuah tipu helah dengan menyuruh orang-orang bawahan untuk menyediakan sebuah pilau yang besar yang diisi di dalamnya dengan beberapa benda seperti jarum, pohon, buah-buahan dan orang-orang tua untuk naik dan disuruh belayar ke Temasik kerana pada masa itu Raja Suran berada di Temasik. contoh di dalam teks:
- " maka perdana menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang seni, lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya, disuruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh perdana menteri itu dan disuruh belayar ke Temasik". 


  • Raja Suran telah tertipu dengan tipu helah yang digunakan oleh Perdana Menteri Negeri China tersebut lalu membatalkan niatnya untuk menyerang Negeri China. 
Negeri di dalam Laut


  • Raja Suran telah masuk ke dalam laut untuk mengetahui apakah yang berada di dalam laut tersebut. 
  • baginda masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca. 
  • Raja Suran telah masuk ke dalam Negeri Dika 
  • Raja Akhtabu'l- Ard merupakan raja di Negeri Dika tersebut. Raja Akhtabu'l-Ard telah mengahwinkan puterinya yang bernama Tuan Puteri Makhtabu'l- Bahri dengan Raja suran dan dikurniakan 3 orang anak lelaki yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita.
Bukit Si Guntang


  • Ketiga-tiga anak Raja Suran yang bernama Nila Pahlawan, Nila Utama dan Krisyna Pandita telah kembali ke dunia dengan menaiki seekor lembu putih.
  • kedatangan ketiga-tiga anak Raja Suran tersebut telah menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunya menjadi perak dan batangnya menjadi suasa. 
  • Wan Empuk dan Wan Malini telah menjaga ketiga-tiga orang anak Raja Suran tersebut. 
Minangkabau


  • Patih Suatang iaitu Raja Minangkabau telah datang ke Palembang dan bertemu dengan Demang Lebar Daun lalu meminta salah seorang dari anak Raja Suran untuk dirajakan di Minangkabau
  • Nila Pahlawan atau Sang Si Perba menjadi Raja di Minangkabau
Tanjung Pura

  • Demang Lebar Daun telah memberi Krisyna Pandita untuk dirajakan di Tanjung Pura
Palembang

  • Nila Utama atau Seri Teri Buana telah dirajakan di Palembang
  • Seri Teri Buana telah berkahwin dengan anak perempuan Demang Lebar Daun yang bernama Radin Ratna Cendera Puri kerana hanya puteri Demang Lebar Daun sahaja yang tidak mendapat penyakit kedal 
  • Seri Teri Buana dan Deman Lebar Daun telah membuat wa'adat atau perjanjian diantara raja dan juga rakyat biasa. Seri Teri Buana mewakili raja manakala Demang Lebar Daun mewakili rakyat biasa
  • isi wa'adat tersebut menyatakan bahawa jika rakyat derhaka maka Allah akan menterbalikkan rumahnya manakala jika raja berlaku zalim terhadap rakyat maka kerajaanya akan dimusnahkan oleh Allah. 
Temasik


  • Seri Teri Buana sedang mencari tempat untuk dibuat negeri baru
  • Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun dan rakyatnya telah berhenti di suatu tempat. Seri Teri Buana sedang berehat di bawah pohon jambu laut lalu ada seekor binatang yang tangkas, berbulu,dan perkasa telah melintas di hadapan mereka lalu ghaib begitu sahaja
  • Demang Lebar Daun menyatakan bahawa binatang yang dimaksudkan tersebut merupakan seekor binatang yang dipanggil singa.
Singapura


  • peristiwa Singapura dilanggar todak
  • Tuan Jana Khatib merupakan seorang yang pandai ilmu Khayalillah. dia telah menilik sebatang pohon pinang lalu pohon tersebut terbelah dua. permaisuri Negeri Singapura telah melihat Tuan Jana Khatib menilik pohon tersebut lalu Paduka Seri Maharaja telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib hendak menunjuk kehebatannya di hadapan permaisuri. sebaik sahaja darah Tuan Jana Khatib menitis ke tanah, tubuhnya telah ghaib dan dipercayai berada di Langkawi. sejak daripada peristiwa tersebut, Singapura telah dilanggar todak
  • bendahara negeri Singapura telah mencadangkan rakyat untuk berkubukan batang betis namun cadangan yang diberi telah menyebabkan ramai rakyat Singapura meninggal dunia
  • budak kecil yang bernama Hang Nadim telah mencadangkan berkubukan batang pisang. 
Majapahit


  • peristiwa tatal dan menarah kepala budak
  • Betara Majapahit telah mengutuskan sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, digulung seperti subang ke Singapura
  • Majapahit menyerang Singapura kerana Singapura menghantar tatal kepada Betara Majapahit. Betara Majapahit menganggap perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan
Pasai 


  • Pasai merupakan sebuah negeri yang makmur dan menjadi pusat perdagangan
  • Raja Syahru'n Nuwi telah mengantar hulubalangnya, Awi Dicu untuk pergi berpura-pura berdagang di Pasai
  • Raja Syahru'n Nuwi telah menangkap Raja Pasai 
  • Raja Pasai disuruhnya menggembala ayam
Melaka


  • Raja Iskandar Syah telah membuka negeri Melaka.
  • Raja Muda menggantikan Raja Iskandar Syah selepas baginda mangkat.
  • Raja Muda merupakan orang pertama yang membuat menteri empat orang. 
  • selepas Raja muda mangkat, Raja Tengahlah yang menggantikan pemerintahan kerajaan Melaka. 
  • Selepas Raja Tengah mangkat, anakanda baginda Raja Kecil Besar yang menggantikan pemerintahan kerajaan tersebut
  • negeri melaka menjadi aman, dan makmur serta menjadi pusat perdagangan. 
Latar Masa
- Latar masa merujuk masa, waktu atau zaman sesuatu peristiwa itu berlaku. era atau zaman dimaksudkan latar waktu yang lebih panjang seperti abad, zaman kuno, zaman moden dan sebagainya. Latar zaman juga dikaitkan dengan faktor-faktor sejarah yang dikaitkan dengan peristiwa yang dipaparkan dalam sejarah. 

Zaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain



  • Baginda merupakan anak Raja Darab dan berbangsa Rom serta berasal dari Makaduniah.
  • Raja Iskandar Zulkarnain merupakan raja yang telah menghasilkan jurai keturunannya hingga pemerintahan Sultan Mahmud
Zaman Pemerintahan Raja Iskandar Syah


  • bagindalah yang membuka negeri Melaka 
  • negeri melaka maju dan terkenal di seluruh Tanah Melayu
  • Melaka menjadi pusat perdagangan dan pengumpulan barangan

Zaman Pemerintahan Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah


  • telah menggantikan pemerintahan ayahandanya iaitu Raja Tengah. 
  • mentadbir negeri Melaka dengan adil dan saksama. negeri Melaka maju dan makmur.
  • Baginda bermimpi bertemu Rasulullah dan telah memeluk agama Islam. 
  • semua orang di negeri Melaka juga telah memeluk Islam
  • Sultan Muhammad Syah telah membuat beberapa peraturan. antaranya ialah rakyat dilarang untuk menggunakan warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar, barangan emas tidak boleh dipakai melainkan pemberian raja sahaja dan sebagainya.
  • baginda telah berkahwin dengan Tun Ratna Wati lalu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Raja Kassim.
  • kemudian baginda mengahwini anak raja Rekan lalu dikurniakan seorang anak bernama Raja Ibrahim
  • Sultan Muhammad Syah telah memerintah negeri Melaka selama 67 tahun kemudian baginda pon mangkatlah.
Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah


  • Sultan Muzaffar Syah atau Raja Kassim.
  • Bendahara Seri Wak Raja dia hendak datang ke balairung namun pintu telah tertutup kerana ditiup angin. bendahara salah faham dan menganggap baginda Sultan murka dengannya lalu dia pulang ke rumah dan membunuh diri dengan meminum racun
  • baginda telah berkahwin dengan anakanda Bendahara Seri Wak Raja iaitu Tun Kudu
  • Tun Kudu diceraikan dan dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja untuk menyelesaikan pertelingkahan anatra Seri Nara Diraja dan Paduka Raja. 
  • Raja Siam telah menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka namun berjaya dipatahkan oleh kebijaksanaan Tun Perak, saudara kepada Tun Kudu. 
  • baginda telah memerintah Melaka selama 42 tahun umurnya kemudian baginda pun mangkatlah.
Zaman Pemerintahan Sultan Mansur Syah


  • Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura dan Indera Pura pon alah dengan Melaka. 
  • Sultan Mansur Syah menjalinkan hubungan dengan negeri Mangkasar 
  • Sultan Mansur telah memelihara dan menjaga Daeng Mempawah atau Hang Tuah. Hang Tuah telah mempelajari ilmu hulubalang. 
  • Sultan Mansur telah memelihara 8 orang anak muda yang diberi nama Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. kelapan-lapan orang ini bersahabat dengan Hang Tuah. 
  • Hang Tuah digelar laksamana kerana kehebatannya dalam ilmu persilatan dan bermain keris. 
  • hang Tuah telah menyelamatkan kuda Sultan Mansur yang jatuh ke dalam telaga tahi.
  • Sultan Mansur Syah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah kerana Hang Tuah dituduh bermukah dengan dayang. Seri Nara Diraja tidak membunuh Hang Tuah. dia membawa Hang Tuah ke hulu dusun dan dipasungnya. 
  • Sultan mansur Syah menjalinkan hubungan dengan negeri China. baginda menghantar pilau yang berisi sagu rendang hingga sarat ke negeri China. 
  • Raja China anak berkenan dengan Sultan Mansur Syah lalu dikahwinkan puterinya iaitu Puteri Hang Liu dengan Sultan Mansur Syah.
  • Raja China terkena penyakit tulah dan hanya air basuhan kaki Sultan Mansur Syah sahaja ang dapat menyembuhkan tulahnya itu.
  • Hang Jebat telah mengamuk di istana Sultan Mansur Syah kerana ingin membalas dendam kerana sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah. 
  • Seri Nara Diraja telah membawa Hang Tuah pergi mengadap Sultan Mansur Syah dan dia telah diampunkan dosa-dosanya oleh bagnda sultan.
  • Hang Jebat dan Hang Tuah pon berlawan keris dan akhirnya Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah
Zaman Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah


  • Sultan Alaudin Riayat Syah telah pergi meronda pada malam hari bersama Hang Isap dan Hang Ishak untuk menangkap pencuri yang menganggu ketenteraman negeri Melaka pada masa itu.
  • Sultan Alaudin telah menitahkan laksamana untuk ke Siak untuk mengirimkan surat kepada Sultan Ibrahim
  • Tun Jana Pakibul, Perdana menteri Siak telah membunuh Tun anu tanpa pengetahuan daripada negeri Melaka. 
Zaman Pemerintahan Sultan Mahmud Syah


  • Sultan Mahmud telah bermukah dengan isteri Tun Biajid semasa Tun Biajid tiada di rumah.
  • semasa Tun Biajid hendak pulang ke rumah, dia bertemu dengan Sultan Mahmud dari arah rumahnya. Tun Biajid ingin membunuh Sultan Mahmud tetapi dia masih terikat dengan kepatuhan kepada raja.
  • Tun Isap telah membunuh Tun Ali Sandang dan disuruh oleh Sultan Mahmud supaya Tun Isap lari ke Pasai. 
  • Sultan Mahmud menyuruh Tun Mamat, Laksamana dan Sang Setia untuk pergi meminang Puteri Gunung Ledang
  • puteri Gunung Ledang mengenakan beberapa syarat yang perlu dipenuhi jika sultan ingin menikahinya iaitu Jambatan emas, jambatan perak, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, setempayan air mata, setempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Ahmad. Sultan Mahmud mampu memenuhi kesemua syarat yang diminta tetapi tidak darah Raja Ahmad.  

 Latar Masyarakat


  •  latar masyarakat atau disebut sebagai citra masyarakat dikaitkan dengan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya


Masyarakat yang pandai ilmu penilikan 



  •  hal ini dapat ditonjolkan pada watak Tuan Jana Khatib yang memiliki ilmu Khayalillah. Tuan Jana Khatib menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua semasa dia berada di Singapura. 


Masyarakat yang memiliki sifat gagah dan perkasa



  • hal ini dapat dilihat pada watak badang yang menjadi gagah apabila dia memakan muntah hantu. kegagahan Badang telah tersebar ke serata negeri termasuk Negeri Benua Keling dan negeri Perlak. kedua-dua negeri ini telah menghantar orang terkuat di negeri masing-masing untuk mengalahkan kegagahan badang. namun, kegagahan badang tidak dapat dikalahkan oleh mereka. Badang mampu mengangkat batu sambil dilambung-lambung dan dilontarkan hingga ke Kuala sedangkan Nadi Bija Biakra yang dihantar oleh Benua Keling hanya terdaya mengangkat batu separas lututnya sahaja. Badang telah menindih paha Benderang yang dihantar oleh Perlak tetapi Benderang tidak mampu mengangkatnya manakala badang berjaya mengangkat pahanya apabila dia disesak oleh Benderang 


Masyarakat yang bijaksana dalam mengatur strategi peperangan



  •  hal ini dapat dilihat pada watak Tun Perak yang bijak dalam membuat tipu helah semasa Siam hendak datang menyerang. Tun Perak menyuruh dipasangkan api pada pohon-pohon bakau, nyirih, tumu dan api-api di tepi pantai. angkatan Awi Dicu dari Siam tersalah anggap dengan tipu helah itu. mereka berasa gerun melihat angkatan Melaka yang begitu ramai.
Masyarakat yang bertanggungjawab 

  •  hal ini dapat dilihat pada watak Sultan Alaudin Riayat Syah yang keluar meronda bersama Hang Isap dan Hang Ishak dan menyamar sebagai pencuri untuk menangkap pencuri dan membasmi masalah kecurian yang berlaku di negerinya. 
Masyarakat yang derhaka kepada sultan atau raja

  •  hal ini dapat dilihat pada watak Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota Singapura untuk diserang oleh Majapahit. Singapura telah kalah dengan Majapahit. dia berbuat demikian kerana dia berasa malu kerana anak perempuannya telah dihukum sula dan dipasrkan kerana telah difitnah berbuat jahat dengan orang lain. akibatnya, Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah menjadi batu kerana derhaka kepada raja

4 comments:

  1. wow...terima kasih untuk mklumat di atas...

    ReplyDelete
  2. wow...terima kasih untuk mklumat di atas...

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan terima kasih atas maklumat tentang sejarah melayu yang sangat lengkap dan bermanfaat.

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KAMI UCAPKAN

  PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA PENSYARAH  BSS 3143 TEKS KANON MELAYU  FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI  MOHAMMAD F...