30 May 2018

Pengaruh teks Sejarah Melayu kepada teks sastera Sejarah yang lain


Hikayat Melayu (1998)

Dalam teks ini telah diceritakan tentang  Raja Iskandar Zulkarnain sehinggalah kepada kesultanan Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Seterusnya diceritakan mengenai Sultan Abdul Jalil Syah ( Sultan Mahmud II) yang beristerikan peri dan tidak memperdulikan kerajaan. Isteri Megat  Seri Rama memakan seulas nangka yang ingin dipersembahkan kepada Sultan dan oleh sebab  itu dia dibunuh. Sebagai balasan dendam Megat Seri Rama menikam sultan sehingga magkat. Kejadian ini berlaku di Julang. Cik Apung hamil kerana menelan manikam sultan, lalu melahirkan seorang putera yang dinamakan Tuan Bujang yang dibesarkan di Pagaruyung.

Dalam naskhah ini maka bermula upacara mengesan kebenaran bahawa Tuan Bujang merupakan waris sah Sultan Mahmud II berdasarkan ciri daulat dan salasilah jurai keturunannya yag berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain yang berasal dari keturunan cucu baginda di Bukit SI Guntang.

Tuhfat Al Nafis (1982)
-Dikenali  sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daipada ucapan.
-Dikatakan satu naskhah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang pengarang iaitu Haji Raja Ahmad dan Raja Ali Haji
-Merupakan penulisan Sejarah istana Melayu Tradisional.
 Karya ini mula ditulis di istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.

Hikayat Siak (1992)
-Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
-Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
-Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718
·-Keseluruhan tema teks ialah adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.

v Hikayat Raja Pasai (1987)
-Menceritakan  kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia tenggara
-Mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu- yang ditulis dalam bahasa Jawi.

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KAMI UCAPKAN

  PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA PENSYARAH  BSS 3143 TEKS KANON MELAYU  FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI  MOHAMMAD F...