30 May 2018

Nilai Masyarakat


NILAI
Keadilan
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun yang telah melaksanakan wa’adat (perjanjian). Sekiranya sultan berlaku kejam dan tidak adil dalam pemerintahan maka kerajaan sultan tersebut akan diterbalikkan atau musnah manakala jika rakyat yang menderhaka maka rumahnya akan diterbalikkan.

Kasih sayang
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Tun Kudu. Tun kudu merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah

Nilai estetika
Contoh: penggunaan bahasa-bahasa klasik yang indah dan mempunyai maksud tersirat merupakan elemen yang penting dalam penghasilan karya sastera.sebagai contoh unsur personafikasi yang telah dimasukkan dalam Sejarah Melayu ialah “rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak, payung segala raja”

Kepatuhan
Contoh: nilai ini dapat dilihat pada watak Hang Tuah yang merupakan Laksamana yang bergitu taat dan setia kepada sultan dan juga negara. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati raja dan keamanan negara.  Hang Tuah sanggup terjun ke dalam lubang najis semata-mata untuk menyelamatkan kuda Sultan Mansur Syah.

PENGAJARAN
·         
Kita mestilah taat kepada sultan dan negara
Contoh: hal ini dapat dipamerkan pada watak Hang Tuah yang merupakan tokoh kepahlawanan yang amat taat kepada perintah sultan. Hang Tuah sanggup membunuh rakan karibnya iaitu Hang Jebat yang telah menuntut bela dan membalas dendam terhadap Sultan Mansur yang telah membunun Hang Tuah. Namun, demi ketaatan Hang Tuah kepada negara, dia sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri.

Sebagai seorang wanita, kita mestilah mentaati perintah suami
Contoh: hal ini dapat dipamerkan pada watak Tun Kudu. Tun kudu merupakan isteri kepada Sultan Muzaffar Syah. Akibat daripada perbalahan yang berlaku di antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyelamatkan kerajaan dibawah kepimpinan Sultan Muzaffar Syah

Sebagai seorang pemimpin, kita janganlah berlaku kejam dan  menganiaya rakyat bawahan kita
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sultan Mahmud Syah yang telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh alhi keluarga Tun Fatimah kerana ayahanda Tun Fatimah tidak memberitahu bahawa dia mempunyai seorang anak gadis yang cantik.
  
Kita janganlah bersalah sangka terhadap orang lain
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sang Rajuna Tapa yang telah membuka pintu Singapura untuk diserang oleh Majapahit akibat daripada anak perempuannya yang telah mati disula dan dipamerkan di pasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang lain semasa zaman pemerintahan Raja Iskandar Syah.
   
 Kita janganlah menurut hawa nafsu dalam setiap perkara yang dilakukan
Contoh: hal ini dapat ditonjolkan pada watak Sultan Mahmud Syah dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud Syah telah berlaku kejam dan zalim terhadap rakyatnya bagi memenuhi kehendaknya. Sultan Mahmud telah mengerahkan rakyatnya untuk menyediakan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan perak, air pinang muda 7 tempayan, semangkuk darah Raja Ahmad, dan 7 tempayan air mata

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KAMI UCAPKAN

  PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA PENSYARAH  BSS 3143 TEKS KANON MELAYU  FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI  MOHAMMAD F...