30 May 2018

PLOT DAN PERISTIWA


Plot ialah urutan atau jalinan peristiwa dalam sesebuah karya cereka. Pembinaan Plot pula ialah kesatuan peristiwa yang saling berhubung dan terjalin sehingga mewujudkan sebuah cerita yang berasaskan hukum dan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Secara umumnya, binaan plot dalam sesebuah karya cereka mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu, permulaan (eksposisi), pertengahan ( perkembangan), dan pengakhiran.



i. Permulaan (eksposisi)
Peringkat pendedahan watak-watak, permasalahan yang dialami oleh watak-watak, gambaran latar masa dan tempat, sudut pandangan serta bayangan awal persoalan dan tema sesebuah karya.
Pada peringkat permulaan plot dalam teks Sejarah Melayu ialah menceritakan tentang keagungan yang dimiliki oleh Sultan Iskandar Zulkarnain yang terkenal sebagai seorang raja yang agung dan merupakan nenek moyang kepada jurai keturunan raja-raja Melayu. Pada peringakat ini juga turut juga diceritakan tentang kisah Raja Suran iaitu putera Sultan Iskandar Zulkarnain yang telah masuk ke dasar lautan menggunakan peti kaca. Raja Suran telah berkahwin dengan Puteri Mahtabu’l Bahri dan mempunyai tiga orang putera yang bernama Nila Utama, Krisyna Pandita dan Nila Pahlawan. Ketiga-tiga putera baginda telah turun di Bukit Siguntang dan bermula daripada peristiwa itu maka jurai keturunan raja-raja Melayu telah berkembang.
Nila Utama atau Seri Teri Buana telah membuat perteguhan waadat dengan Demang Lebar Daun yang membawa kepada wujudnya konsep daulat dan tulah dalam kalangan raja Melayu dan rakyat biasa. Dalam waadat itu Seri Teri Buana (raja) bersetuju tidak akan menghukum dan mengaibkan rakyat yang melakukan kesalahan serta berlaku zalim kepada rakyat. Seandainya, raja memungkiri janji ini maka Allah akan memusnahkan kerajaan raja tersebut. Demang Lebar Daun (rakyat) berssetju untuk taat setia kepada raja dan tidak akan menderhaka. Sekiranya rakyat menderhaka maka rumah rakyat tersebut akan diterbalikkan.
  
ii. Pertengahan (perkembangan)
Pada peringkat ini, perkembangan cerita akan memaparkan konflik yang menyebabkan watak-watak meghadapi kerumitan untuk menyelesaikan maslah-maslah yang boleh menimbulkan ketegangan dan kejutan. Dalam teks Sejarah Melayu memaparkan kisah dalam bahagian peringkat pertengahan dengan kisah tentang bagaimana raja-raja Melayu membuka negeri baru dan kisah tentang bagimana kerajaan atau negeri yang ditubuhkan mendapatkan nama. Contohnya, negeri Singapura yang pada awalnya dikenali sebagai Temasik telah dinamakan semula sebagai Singapura ekoran daripada peristiwa Sultan Muhammad yang telah melihat seeokar singa namun tiba-tiba ghaib begitu sahaja. selain itu, kisah tentang bagaimana Semundra mendapat nama juga turut diceritakan dalam bahagian ini iaitu semundra diambil sempena kisah Merah Silu melihat seekor semut yang besar. Tidak lupa juga tentang asal usul nama Melaka yang diambil sempena nama sebuah pokok serta tenang peristiwa seekor anjing yang telah jatuh ke dalam sungai setelah ditendang oleh seekor pelanduk putih.


Bahagian plot ini juga turut menceritakan tentang bagaimana cara raja-raja Melayu memerintah dan menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda kerajaan mereka dengan bantuan Bendahara dan Laksamana yang hebat antaranya Bendahara Paduka Raja dan juga Laksamana Hang Tuah. Turut juga diceritakan kebijaksanaan raja Melayu seperti kisah Sultan Alauddin Riayat Syah yang telah menyelesaikan masalah kecurian di Melaka dengan cara baginda sendiri menyamar sebagai rakyat biasa semata-mata untuk menangkap pencuri. Terdapat pelbagai lagi kisah yang diceritakan dalam bahagian perkembangan cerita dengan memaparkan kisah-kisah raja Melayu mengikut zaman pemerintahannya.


iii. Pengakhiran
Bahagian akhir cerita ialah peringkat antiklimaks yang menuju kepada peleraian masalah-maslah yang dihadapi oleh watak-watak sebelum menuju kepada penyelesaian cerita. Pada bahagian ini, pengarang telah menceritakan tentang kisah kejatuhan kerajaan yang diperintah oleh raja Melayu mengalami fasa kemerosotan akibat daripada berlaku pengkhianatan dan perebutan kuasa dalam kalangan pembesar. Dalam bahagian cerita ini juga turut diceritakan tentang nasib raja yang berlaku kejam kepada rakyat akan mendapat balasan yang setimpal. Episode tentang bagaimana Portugis dalam melepasi benteng pertahanan Melaka serta kisah mengenai si Kitul yang telah membawa kisah penting dalam penceritaan kepada kejatuhan pemerintahan raja Melayu kepada tangan penjajah. Dalam versi A. Samad Ahmad pemerintahan raja Melayu berakhir dengan kisah pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

18 comments:

  1. Pencerahan yg sangat baik ..

    ReplyDelete
  2. maklumat yang diberikan sangat berguna kepada pelajar. tahniah.

    ReplyDelete
  3. Menarik dan berguna utk.pelajar

    ReplyDelete
  4. Menarik dan berguna utk.pelajar

    ReplyDelete
  5. ilmu yg dikongsi sngt menarik

    ReplyDelete
  6. Nice post. Sangat menarik info yang diberikan. Teruskan berkongsi maklumat. ��

    ReplyDelete
  7. Huraian yang menarik. Mudah dibaca dan difahami. Sangat sesuai untuk kegunaan prauniversiti.

    ReplyDelete
  8. terima kasih. perkongsian yang sangat menarik

    ReplyDelete
  9. Sangat menarik dan banyak perkongsian ilmu yg diberikan.terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Terbaik ilmu yang diberi. teruskan usaha. semoga maju jaya.

    ReplyDelete
  11. Blog yang sangat menarik, padat dgn input yg bermanfaat 🌹

    ReplyDelete
  12. Terima kasih ! sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Blog yang sangat cantik!

    ReplyDelete
  13. Info yang berguna untuk dirujuk. Terima kasih

    ReplyDelete

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KAMI UCAPKAN

  PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA PENSYARAH  BSS 3143 TEKS KANON MELAYU  FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI  MOHAMMAD F...