30 May 2018

Senarai versi Sejarah Melayu yang lain


Memetik daripada buku Kanon Melayu hasil karya Norazimah Zakaria telah menunjukkan kajian mutahir terhadap Sejarah Melayu menunujukkan bahawa di berbagai-bagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia ini terdapat sekurang-kurangnya  29 buah naskah Sejarah Melayu. Bahan kesusasteraan mengenai Sejarah Melayu hingga pada masa ini pula terdapat dalam pelbagai bentuk. Antaranya:
1. Dalam bentuk naskah Jawi, berbagai-bagai versi, resensi dan salinan.
2. Dalam bentuk penyelenggaraan/penggarapan atau pengedisian yang masih dikira amat ‘preliminary’ coraknya seperti:  Edisi Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi ( jawi) 1831, Edisi Dulaurier 1849-1856, Edisi W.G shellebear 1896, edisi R.O. Winstedt 1938, Edisi T.D. Situmorang dan A.Teeuw berasaskan kepada edisi Munsyi Abdullah 1952, edisi Dato’ Madjoindo ( Jawi), Jakarta 1959, dan edisi A.samad Bin Ahmad, Kuala Lumpur  1979.
Daripada 29 buah naskah tadi, terdapat 12 buah naskah di Netherlands, 11 buah naskah di United Kingdom, 5 buah naskah di Lembaga Kebudayaan Indonesia Jakarta, dan 1 buah di Leningrad, Rusia.
 Penelitian terperinci terhadap semua naskah ini menunjukkan bahawa naskhah ini adalah seperti yang berikut:
1. Terdapat 2 naskhah yang mewakili versi T.S Raffles iaitu di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London, Raffles  MS. No.18 dan sebuah lagi Cod. Or. 1704 di Perpustakaan Leiden yang didapati kurang lengkap dengan di bahagian hujungnya.
2. Enam buah naskhah dalam bentuk serpihan, tetapi tidak lengkap, iaitu sebuah di Jakarta, sebuah di Leiden dan 4 buah di London.
3. Versi pendek yang diselengarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian digarap oleh T.D Situmorang dan A. Teeuw. Versi ini kemudian diusahakan oleh Dato’ Madjoindo. Semuanya wujud dalam 6 buah naskhah . semua versi pendek ini  berakhir setakat episode kematian Tun Ali Hati, di Johor.
4. Versi panjang yang dapat ditemui daripada 9 buah naskhah iaitu di Jakarta sebanyak 2 naskhah, KBG 188 von de Wall dan KBG 190 von de Wall di perpustakaan Koninklijk Institusi Leiden. Dua buah naskhah di Great Britain dan 4 buah naskhah di Universitiet Bibliotheek, Leiden. Maksud versi panjang di sini ialah kesmua naskhah ini berakhir dengan penyebutan episode serangan Jambi terhadap Johor pada tahun 1673.
5. Sebuah versi yang telah diperpanjangkan, iaitu penyalinan semula ( dengan pengubahan dan penukaran di sana sini) teks Sejarah Melayu dari versi panjang, lalu diperlanjutkan lagi riwayatnya sehingga ke pertengahan abad ke-19, dilakukan oleh seorang perawi dari keturunan Siak.


Selain itu terdapat juga beberapa teks kesusasteraan yang muncul selepas itu, yang menjadikan teks Sejarah Melayu sebagai modal atau panduan dalam penulisannya. Antara teks yang dimaksudkan ialah seperti  yang berikut:
v Hikayat Melayu (1998)
 Dalam teks ini telah diceritakan tentang  Raja Iskandar Zulkarnain sehinggalah kepada kesultanan Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Seterusnya diceritakan mengenai Sultan Abdul Jalil Syah ( Sultan Mahmud II) yang beristerikan peri dan tidak memperdulikan kerajaan. Isteri Megat  Seri Rama memakan seulas nangka yang ingin dipersembahkan kepada Sultan dan oleh sebab  itu dia dibunuh. Sebagai balasan dendam Megat Seri Rama menikam sultan sehingga magkat. Kejadian ini berlaku di Julang. Encik Apung hamil kerana menelan manikam sultan, lalu melahirkan seorang putera yang dinamakan Tuan Bujang yang dibesarkan di Pagaruyung.
· Dalam naskhah ini maka bermula upacara mengesan kebenaran bahawa Tuan Bujang merupakan waris sah Sultan Mahmud II berdasarkan ciri daulat dan salasilah jurai keturunannya yag berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain yang berasal dari keturunan cucu baginda di Bukit SI Guntang.
v Tuhfat Al Nafis (1982)
· Dikenali  sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daipada ucapan.
· Dikatakan satu naskhah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang pengarang iaitu Haji Raja Ahmad dan Raja Ali Haji
· Merupakan penulisan Sejarah istana Melayu Tradisional. Karya ini mula ditulis di istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.
v Hikayat Siak (1992)
· Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
· Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
· Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718
· Keseluruhan tema teks ialah adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai waris kesultanan Melayu Melaka.
v Hikayat Raja Pasai (1987)
· Menceritakan  kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia tenggara
· Mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu- yang ditulis dalam bahasa Jawi.

No comments:

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KAMI UCAPKAN

  PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA PENSYARAH  BSS 3143 TEKS KANON MELAYU  FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI  MOHAMMAD F...