Sastera bermaksud hasil seni sama ada berbentuk prosa mahupun puisi. Oleh itu, segala bentuk karangan
sama ada hikayat, puisi, buku, serta risalah yang dianggap fenomena sastera
dapat dikatakan sebagai hasil-hasil kesusasteraan. Antara unsur-unsur sastera
yang terkandung dalam karya ini ialah:
Contoh
pertama yang jelas dilihat adalah mengenai pengarang dan tarikh penulisan teks Sulalatus Salatin itu sendiri. Sulalatus Salatin adalah karya yang ditulis oleh
Tun Muhammad atau nama timang-timangannya Tun Sri Lanang dan bergelar Bendahara
Paduka Raja.
Mukadimah
yang terdapat pada halaman dua dan tiga antara lain mencatatkan:
"Bahawa
beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan
raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak
cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan
beroleh faedahlah ia daripadanya."
(Halaman: 3)
Tarikh
Sulalatus
Salatin ditulis
adalah pada 'seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada dua belas hari bulan Rabiulawal, kepada
hari Khamis, waktu 'alduha..., Tarikh itu bersamaan 13 Mei 1612.
Perkara lain yang memperlihatkan adanya
sifat sastera dalam teks Sulalatus
Salatin adalah
dari segi gaya bahasa dan teknik penulisannya.
Contoh yang jelas dalam teks ini ialah penggunaan bahasa berirama sama ada pantun
mahupun syair. Salah satu syair yang terdapat dalam teks ini ialah:
Cau Panden anak Bubunnya,
Hendak
menyerang ke Melaka;
Ada
cincin berisi bunga,
Bunga
berladung air mata.
(Halaman: 96)
Unsur-unsur puisi ini adalah untuk menggambarkan sesuatu peristiwa. Selain itu dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.
Teknik penceritaan Sulalatus Salatin memperlihatkan adanya unsur
sastera kerana terdapatnya penyelitan dialog oleh pengarang. Dialog dan
aksi-aksi antara seseorang watak dengan watak yang lain adalah ciri-ciri sastera menyimpang daripada tulisan-tulisan
atau buku-buku sejarah yang lebih mengutamakan fakta atau penulisan secara langsung. Contohnya
dialog antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana:
Maka sembah Demang Lebar Daun,
"Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi? Kerana sembah patik
ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada hamba Melayu itu dapat
menyalahi kehendak tuannya." Maka titah baginda, "Adalah hamba
mendengar khabar paman konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik
parasnya, Jikalau dengan ikhlas paman, initah yang hamba pohonkan".
(Halaman: 25)
Unsur mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin merupakan satu ciri sastera
kerana unsur ini mempunyai tujuan tertentu, seperti mengangkat martabat raja,
bangsa, dan sebagainya. Mitos Raja Suran turun ke laut memperlihatkan bagaimana
golongan raja mampu melakukan sesuatu perkara yang sukar dilakukan oleh
rakyat.
Peristiwa kedatangan Islam ke Melaka juga dianggap sebagai satu mitos. Raja Kecil Besar berpandangan
dengan Rasulullah yang menunjukkan kejadian-kejadian dan pewarnaan
sifat raja yang luar biasa.
Raja China misalnya, mendapat
kedal kerana menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah.dan dan hanya dapat
diatasi dengan air basuh kaki Sultan Mansur Syah sendiri.
Sifat-sifat
sastera dalam Sulalatus
Salatin juga
jelas dikesan melalui pembukaan-pembukaan negeri atau tempat tertentu yang berunsur mitos.
Melaka mendapat nama berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing
perburuan Raja Iskandar Syah, dan peristiwa itu dilihat dari bawah pokok
Melaka. Singapura mendapat mendapat berdasarkan seekor singa yang dilihat oleh
Sang Nila Utama; dan kerana binatang itu kelihatan tangkas,
Dipercayai bahawa negeri yang
dibuka akan maju dan kuat. Oleh itu, peristiwa-peristiwa aneh berhubung kait
dengan kepercayaan sehingga munculnya sesebuah negeri dalam Sulalatus Salatin.
Unsur epik atau kepahlawanan
dalam Sulalatus
Salatin merupakan
satu penonjolan sifat sastera yang amat ketara. Melebih-lebihkan taat
setia watak serta kekuatan yang luar biasa adalah sebagai usaha menarik minat pembaca mendekati
teks sastera.
Tuan Saidi Arab umpamanya,
berjaya membunuh Cau Panden dengan memanah dari Melaka
dan Cau Panden
mati di Siam. Tun Omar, Seri Bija Diraja, Tun Bija Sura, Tuan
Jana
Khatib, dan beberapa watak lagi masing-masing memperlihatkan legenda. Tuan Jana
Khatib umpamanya, berjaya membelah batang pinang
hanya melaui tilikannya.
Sifat
sastera lain yang terdapat dalam teks Sulalatus
Salatin ialah
plot. Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa yang ada kaitan dengan
hukum, sebab, dan akibat. Plot adalah ciri penting bagi penulisan hasil-hasi
sastera berbentuk prosa sama ada cerpen, novel, mahupun hikayat-hikayat.
Penceritaan tentang negeri-negeri
Singapura dan Melaka dalam Sulalatus
Salatin adalah
berdasarkan pembinaan plot yang kompleks. Dijelaskan
tentang bahagian awal cerita, iaitu tentang pembukaan-pembukaan; bahagia-perkembangan
plot diceritakan tentang perkembangan kerajaan-kerajaan berkenaan manakala,
bahagian akhir plot dijelaskan tentang kejatuhan negeri.
Pemaparan
tentang sastera undang-undang merupakan sifat-sifat sastera yang terkandung
dalam Sulalatus
Salatin. Dalam Sulalatus Salatin terutamanya semasa pemerintahan
Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. terdapat larangan-larangan yang
bukan hanya perlu dipatuhi oleh rakyat tetapi juga oleh goiongan
pembesar-pembesar negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan pantang larang dan
peraturan ini terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.
No comments:
Post a Comment